Monday, March 28, 2011

Kisah Nabi Adam a.s. utk renungan bersama..

TAUBAT NABI ADAM ALAIHISSALAM Ketika Nabi Adam a.s. memakan buah larangan di dalam syurga kerana mengikuti rayuan iblis, maka ketika itu pula terlepaslah semua perhiasan syurga yg dipakainya dan sedikit pun tidak ada pakaian di badannya, kecuali pada baha...gian mahkotanya. Nabi Adam a.s. tidak dapat menutupi dirinya dgn daun2 kayu yg ada di syurga.

Setiap kali ia berusaha utk menutupinya, maka daun2 itu dgn sendirinya terlepas dari badannya. Dalam keadaan menangis Nabi Adam a.s. menoleh ke arah Hawa sambil berkata: "Siapkanlah dirimu utk keluar dari sisi ALLAH". Inilah awal bermulanya perbuatan maksiat itu. Selepas itu ALLAH swt memberikan wahyu kepada dua malaikat: "Keluarkanlah Adam dan Hawa dari sisiKU, kerana mereka berdua telah menderhakaiKU". Maka Jibril menanggalkan mahkota yg berada di atas kepala Nabi Adam a.s., sedangkan Mikail menanggalkan mahkota yg ada di keningnya.

Setelah Nabi Adam a.s. diturunkan dari suatu tempat yg suci ke tempat yg penuh dgn kelaparan, maka Nabi Adam a.s. pun menangis selama seratus tahun.Dia selalu meletakkan kepalanya di atas kedua lututnya, sehingga airmatanya yg mengalir itu membasahi bumi menjadi tasik dan menumbuhkan rumput2 dan pohon kayu, serta mengisi lekuk2 batu. Nabi Adam a.s. berada di dalam kemurkaan ALLAH selama tujuh hari, pada hari yg ke tujuh ALLAH swt berfirman kepadanya: "Wahai Adam, kesedihan apakah yg menimpamu hari ini? Bencana apakah yg sedang engkau alami sehingga membuatmu jadi begini?" Maka Nabi Adam a.s. menjawab: "Sungguh sangat besar musibah yg telah menimpa terhadap diriku wahai Tuhanku, aku telah dikelilingi oleh kesalahanku sendiri dan aku telah dikeluarkan dari syurgaMU, sehingga pada saat ini aku berada di tempat kehinaan, sedangkan sebelum ini aku berada di tempat yg penuh kemuliaan. Aku berada di tempat celaka, sedangkan sebelum ini aku berada pada tempat kebahagiaan. Aku berada pada tempat yg penuh dgn kesusahan sedangkan sebelum ini aku berada pada tempat yg penuh dgn kemewahan dan kemakmuran. Tuhanku, sudah tentu aku menangisi akan kesalahanku itu. Aku juga meratapi diriku sendiri. Atau tidak mungkin aku dapat lari dari musibah ini wahai Tuhanku?" Maka ALLAH s.w.t. pun berfirman: "Wahai Adam, bukankah AKU telah memilih dirimu utk diriKU? Aku telah menhalalkan rumahKU utk dirimu. AKU telah memilih dirimu dari semua makhlukKU. AKU telah mencurahkan kecintaanKU kepada dirimu dan AKU telah memberikan peringatan kepadaMU akan kemurkaanKU? Bukankah AKU telah menciptakan kamu pada mulanya sendirian? AKU telah meniupkan nyawa ke dalam tubuhmu. AKU telah memerintahkan malaikat supaya sujud kepadamu. Bukankah AKU telah menjadikan kamu sbg pendampingKU di syurgaKU? Kamu telah menggunakan apa yg ada menurut kehendakmu sendiri, sehingga akhirnya kamu menderhakai perintahKU, kamu telah lupakan janjimu kepadaKU dan kamu telah mensia-siakan wasiatKU! Bagaimana sekarang kamu akan mengingkari akan kesiksaanKU? Demi kemuliaan dan keagunganKU, sekiranya di mukabumi ini penuh dgn org2 yg spt dirimu, selalu bertasbih malam dan siang, tidak henti2nya, akan tetapi kemudian mereka menderhakaiKU, maka AKU akan memberikan kepada mereka tempat sebagaimana tempatnya org2 yg derhaka! Sesungguhnya AKU kasihan terhadap kelemahanmu. Mengangkatmu dari tempat jatuhmu, menerima taubatmu, mendengar permohonanmu yg penuh dgn keikhlasan dan aku telah mengampuni dosamu dan sekarang ucapkanlah "Tidak ada Tuhan selain ENGKAU. Maha Suci ENGKAU Ya ALLAH, dengan segala pujian, aku telah menganiayai diriku sendiri dan aku telah melakukan kejahatan maka terimalah taubatku. Sesungguhnya ENGKAU Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang".

Maka Nabi Adam a.s. pun ikut serta membacanya. ALLAH s.w.t kembali berfirman: "Ucapkanlah bahawa tiada Tuhan selain ALLAH, Maha Suci ENGKAU wahai Tuhanku dan dengan segala pujian aku telah menganiayai diriku sendiri dan aku telah melakukan kejahatan maka ampunilah aku, kerana sesunggunya ENGKAU adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Maka Nabi Adam a.s. pun ikut serta membacanya. " ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين" "Ya Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan jika sekiranya ENGKAU tidak mengampunkan kami dan memberikan rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk dalam golongan org2 yg rugi." ~ AL A'ARAF : 23 Demikianlah kisah taubat Nabi Adam a.s. kerana keikhlasan hatinya dan benar2 menyesal akan dosanya yang telah dilakukannya, maka taubatnya itu diterima oleh ALLAH s.w.t. Menurut keterangan dan riwayat, bahawa ALLAH s.w.t mengampuni dosa Nabi Adam a.s. itu pada hari ke sepuluh bulan Muharram pd hari Jumaat. WALLAHUALAM



No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger