Sunday, November 27, 2011

Mereka & Convo

Assalamualaikum readers..

entry ni khas buat sahabatku yang dah selamat konvo bln 9 aritu..dah hampir 2 bulan dah baru ade entry ni..hehe..tahniah awak2..selepas berpenat lelah selama 3 tahun memerah otak, akhirnye tercapai hasrat korang nak amek scroll kt DECTAR kan..i bangga uols!   =')

tahniah awak2..selamat menempuh alam pekerjaan..bila da dapat keje jgn wat2 lupa kwn lak..especially time gaji la kannn..hehe..

jgn lupa doakan saya kt sini..mntak2 taun depan dapat grad mcm korang jugak..   =)

sume cam dah konvo je..hehe


smentara tunggu dak najah kuar DECTAR



najah n mursyid..my bff




candid!



nak jugak!

rindunye saat2 bersama..dah lama xlepak sama..wuwuuu~

sayang korang sangat2!













Tuesday, November 22, 2011

Cinta & Harapan

Kelmarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok


Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan


Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya


Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan


Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia












Saturday, November 19, 2011

Sebuah C.I.N.T.A


Jika ia sebuah cinta, ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati..

Jika ia sebuah cinta, ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sebuah doa..

Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan..

Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan..
 

Wednesday, November 02, 2011

He Always With Me




 Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tidak selalu BAHAGIA
Sedekahkanlah satu SENYUMAN walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan
Belajarlah meMAAFkan walau dirimu TERLUKA
Berhentilah memberi ALASAN walau ingin menyatakan KEBENARAN
Hiduplah dalam IMAN walau hari dipenuhi DUGAAN
Berpeganglah pada ALLAH walau DIA tidak kelihatan..


I'm not alone, ALLAH always with me! :')





Tuesday, November 01, 2011

MUHASABAH DIRI....



Menangislah....pasti antara titisannya itu ada penawar. Menangislah...pasti antara titisan itu bisa menyejukkan jiwamu. Menangislah..pasti hangatnya air mata bisa menghangatkan hatimu. Tanpa titisan barangkali hati menjadi keras. Maka, lembutkan lah hati sebagaimana air melembutkan kerak nasi...
Dan menangislah mengenangkan dosa-dosamu yang semakin menggunung.. 
Iman yang semakin berkurang..








~✿..Bila rasa nak buat MAKSIAT, jangan buat..bila dah buat, bersedihlah kerana kamu MUSUH Allah..segera taubat dan bila dah TAUBAT, bergembiralah kerana kamu KEKASIH Allah..✿~
(Ustaz Azhar Idrus)






Powered By Blogger