Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah
Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini
---------------------------
notahati :: CINTA adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar,mengubah cuka jadi anggur,mengubah sedih jadi riang,mengubah amarah jadi ramah,mengubah musibah jadi muhibbah..
cinta juga adalah kelemahan, yang mampu mengubah sayang jd benci, mengubah kasih jd dendam, mengubah ramah jd amarah, mengubah manis jd pahit, mengubah riang jd pendiam..
itulah CINTA..
:: rase tenang slpas b'istikharah..jdkanlah aku seorang yang kuat dan redha dgn setiap ketentuan yg telah Engkau tetapkan untukku Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. :)