Sunday, April 25, 2010

WANITA DAN BONGGOL UNTA?? nape lak?? nak tau...jom bace..



Hei!
Kau suke la tengok aku kene bakar?
Ape pasal pulak? Aku kan dah tutup kau, aku dah bagi kau pakai yang cantik-cantik lagi!
Kau ingat aku suka yang cantik-cantik je ke? Kalau cantik je, tapi terdedah! Jarang! Nak buat apa? Aku jugak yang kene bakar, yang kene gantung kat sana nanti!
Ala, aku kan dah tutup, jadila…
Kau bukan tutup, kau hanya bungkus aku je! Dahla kau biarkan aku bersanggul tinggi macam BONGGOL UNTA! Kau mesti BERTANGGUNGJAWAB!
***
Kamu jage apa yang kamu sayang, kamu sorok ape yang kamu suke, kamu simpan apa yang kamu idam. Pandainye kamu menjage barang… Kalaulah ade laptop, PDA, mahupun MP5, pandai pula kamu simpan didalam beg ataupun kamu tutup rapi didalam almari. Kenapa pula RAMBUT yang berada di atas kepala kamu itu kamu tidak tutup dengan rapi, tidak simpan dengan kemas, tidak sorok dengan selamat? Adakah kamu tidak sayang pada rambut kamu? kamu tahu kamu dah libatkan ramai orang? Silap-silap boleh berjemaah masuk ke N****A! nauzubillah…
Kamu tak kesiankan kaum adam yang berhari-hari beristighfar bile Nampak ikal mayang nye rambut kamu?
Kamu tak kesiankan ke kaum kamu sendiri yang tiada daya menegur kamu secara berdepan?
Kamu. kamu. kamu. kamu.
***
Bonggol di atas kepala kamu tu saya tengok makin hari makin tinggi, makin lama makin nak tunjuk. Saya tak nak samekan bonggol itu dengan bonggol unta, tapi kamu yang buat saya rasa macam nak menyamakannya… [apa-apalah]
Kenapa pulak nak sama macam bonggol unta? Kau mengeji aku ye? Aku ni pun makhluk tuhan!
Kamu cakap kamu makhluk ALLAH? Tapi kamu tak ikut pun apa yang ALLAH suruh? Saya bukan nak mengeji kamu, saya Cuma bercakap pasal bonggol yang ade di sebalik rambut kamu tu…kamu rase di keji?
Apa masalahnye dengan rambut aku kalau aku sanggul tinggi-tinggi? Rambut aku, aku punye pasal lah!
Oh, rambut kamu ke? Bila masa pula kamu tanam sampai tumbuh begitu panjang?
Mana ade aku tanam la, ni tuhan bagi, natural la…
ALLAH bagi? Kalau ALLAH bagi Kenapa kamu cakap itu rambut kamu?
Dah ade atas kepala aku, rambut aku la!
Kamu tak malu ke? ALLAH Cuma pinjamkan saja, kenapa kamu tak jage elok-elok, tak tutup dengan betul, tu bukan kamu punya. Kamu tak malu ke bile nak berhadapan dengan ALLAH nanti?
Senyap…
Same juga bila saya nak pinjam laptop kamu, tibe-tibe saya tercalarkan skrin laptop kamu? apa kamu akan buat?
Ai, marahla! Suka-suka hati calarkan laptop orang…
Oh, yang kamu tu suka-suka hati mendedahkan rambut yang ALLAH bagi pinjam tu?
Diam…
***
Kamu sedar tak ada sebuah hadith berkatakan tentang segolongan wanita yang dari kaum kita…?
“Sabda Rasulullah s.a.w. : Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun” (riwayat Muslim)
Dan diiriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah).
MAHUKAH KITA TERMASUK DLM GOLONGAN TERKUTUK INI???
***
RASULULLAH s.a.w. sewaktu Israk dan Mikraj telah diberi kesempatan oleh ALLAH SWT melihat ke dalam neraka. Ternyata kebanyakan penghuninya terdiri daripada wanita. Mereka menerima azab dan seksa yang amat menggerunkan.
Jika diteliti beberapa perkara yang dikaitkan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita diazab oleh Allah di dalam neraka, tetapi masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh wanita.
Saya tak nak mengulas panjang sebab saya TAHU kamu sudah TAHU!
***
Bukankah perempuan itu adalah hiasan dunia, tetapi mereka juga adalah fitnah terbesar dunia…

Sebarkan~

Syukran.




Saturday, April 24, 2010

Friday, April 23, 2010

♥●•٠·˙DOA SEORANG KEKASIH


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala....

Wednesday, April 21, 2010

EPAL, KITA & DIA


Kisah sebiji epal dan seorang jejaka

Di suatu daerah,terdapat sepohon pokok epal yg sgt besar dan buahnya yg sgt merimbun..
Setiap yg melalui pohon epal itu, pasti terpesona dgn buahnya yg kelihatan cantik dan lazat. Buah epal itu dipetik dan dimakan oleh sesiapa sahaja yg melaluinya. namun,jauh disudut dahan itu terlihat sebiji epal yg sgt cantik warnanya dan bgus kulitnya..

si epal : aduhai malang nasibku.saban hari aku menunggu utk dipetik.namun tiada siapa yg nampak akn diriku.tiada siapa yg mahu memetikku kerana aku sukar utk dilihat kerana dedaunan dan dahan pohon ini.

kebetulan ada seorang jejaka melalui pohon itu dan teringin untuk memetik buah epal di pohon itu..

si jejaka : wah buahnya merimbun,.dia lihat buah yg epal td walaupun terselit dicelahan dedaun.

jejaka itu mula memanjat.buah epal itu tersangat gembira krn akhirnya dia jga bakal dipetik sama spt teman2nya..namun tiba2 jejaka berkenaan berptus asa krn terlalu tinggi kedudukannya.akhirnya dia mula berfikir.

si jejaka : drp aku susah2 petik yg tinggi itu, lebih baik aku petik yg bawah dan mudah ini saja.

alangkah sedihnya hati si epal apabla jejaka itu memetik epal yg kurang kualitinya dan ia kesal ia tk dapat dipetik krn terlalu tinggi dan tersorok. akhirnya kesedihan si epal ini membuatkan ia berfikir,..

si epal :aku cntik, kulitku bagus.tp tk siapa lihat aku. lebih baik aku rendahkan diri aku agr mudah aku dipetik oleh org dan mudah kelihatan.drp aku tinggal di atas dan tidak kelihatan oleh sesiapa.

akhirnya ia rendahkan dirinya sedikit demi agr klihatn dn mudh dipetik..
tiba2 ada seorang jejaka melalui pohon td.dia lihat kulit si epal td cantik dn mnarik,.ketika digigit epal itu tiba2 dia mludah..rupanya epal td sudah digigit oleh oleh ulat gara2 berada di kedudukan rendah yg mnyebabkan ulat2 senang mncapai.akhirnya jejaka itu tnpa berfikir terus buang epal berkenaan ke tanah krn sudah tercemar oleh ulat..akhirnya epal yg dbuang ke tnh itu, membusuk dan tiada sesiapa yg memandang epal itu lg..

wanita mampu memlih sama ada ingin mletakkn diri di thap rendah mahupun tinggi. umpama epal itu,rela merendahkn diri utk mndaptkan phatian walhal sesiapa yg bijaksana psti akn berusaha utk mndptkn yg tbaik sungguhpun berada dtmpt yg tinggi.bukan itu saja,sungguhpun epal di tmpt yg tinggi tidaklah secantik mana namun,pemetiknya pasti akn mkn juga dan mnghargainya krn dia tlh bersusah pyh memanjat berbanding dgn yg mudah dpt dan mudh tuk tidak mghargai.
cantiknya akhlak wanita,.luhur budinya pasti akn kelihatan juga walaupun ia tersembunyi.hanya yg bijak mnilai sahaja yg akn mlihat kcantikannya..

p/s : jgnlah sesekli mrendahkn diri kalian demi ssuatu yg tidak pasti. belum tentu jika kamu merendahkn diri kamu akn dpetik. sesungguhnya penilaian yg plg adil adlh Allah yg Maha Kuasa..usah kamu gusar wahai si gadis,.wanita,...jagalah akhlakmu insyaallah yg dtg pdmu adlh yg ssuai dgn akhlakmu juga,..insyaallah....

Oleh:Liza Lizz


Tuesday, April 06, 2010

ALKISAH....

salam sume..
kali ni kte mau kongsi sebuah cter ngn shbt2 sume..
cter ni bkan kte yg reka pun..
tp amek dr page owg len jgak..
xpe..
utk renungan bsama..
bce jgn xbce..hee~


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya..
.
Berfikir lagi... Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan

Step 3:
Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.

Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSHA'A'LLAH Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmatkan kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan & berbakti aktif kepadanya dalam apa jua yang kita lakukan...

da abes bce?
pe lagi?
renung2kn dannn..
selamat beramal :) :)




Monday, April 05, 2010

EXAM DATANG LAGI~~

salam sume..
da lme xupdate diary ni..
bz lorr~ *sangat*
lg smggu nk exam..
byk ag xstdy ni..
runsing la..
ntah pape sy pk..
angan-angan nk dapat dekan sem ni xtaw la jd knyataan x..
mntk2 jd la ye..*tolong doakan ye*wink* ^_^

meh usha sy pnye jadual exam..wuhuu~

120410::PPPJ2453 AL-NAHW WA AL-SARF II::12PM::DECTAR
130410::PPPY1262 SEJARAH T.ISLAM::3.30PM::DECTAR
150410::GGGP3112 PENDIDIKAN JAWI & KHAT::12PM::KTAMS
190410::ZZZT2253 PENGURUSAN EMOSI::12PM::KTAMS
200410::GGGE2113 KURIKULUM & PEDAGOGI::3.30PM::KTAMS
22O410::PPPY1142 MAHARAT ISTIMA'::8.30AM::KTAMS
260410::PPPJ1213 TERJEMAHAN A-M-A I::8.30AM::KTAMS
280410::GGGP2043:: KPPI::8.30AM::DGEMILANG

whoaa!! xbyk pun gap kan..
kna btOl2 struggle nih..
jom kta stdy sesame jom..:)

wt kengkawan sume..
buat yg terbaek nnt kayh!
stop searching, start finding*ak amek kt fB bdk kecik*:p
pepun..
kurangkan fB,bykkan stdy
ok?hee~
ni khas wt tatapan korang..
be da best!!



Thursday, March 25, 2010

SUNGAI DALAM LAUT

This miracle, a river in the deep sea and the phenomenon has been stated in the Quran. And Mr.Jacques Yves Costeau has converted to Islam because of this discovery and discovered Islam is the truth religion.



"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV
`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu yang bermaksud "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.













Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT. Subhanallah...


Tuesday, March 23, 2010

oh Mata!

i can't sleep..already 3.25 a.m rite now..aiseyman..cmne ni..klu xtdo,mula la nk pk mcm2..layan lak lagu2 sedey..m'gamit memori btol la..xska la cmni..da la mood sedey xilang ag..

duhai mata,jgn la cmni..cepat la lelap..moga bla bgn sok,ade sinar kebahagiaan buatku..
selamat malam..eh da pagi! camat pagi.. zzZzz -.-"

- i wish tomorrow is better than yesterday..ameeenn~ -

Monday, March 22, 2010

Nak yang Terbaik, Kita kena Jadi yang Terbaik :)




sekadar nak berkongsi ngn teman2 sume.. Artikel ni saya ambik kt iLuvislam.com.
jom kita hayati bersama....


Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung.
Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.


renung2kan dan selamat beramal.. :)


Sunday, March 21, 2010

Saya Budaq Baru Blajar

salam alaik..

alkisah..
tanggal
21 Mac 2010,
maka lahirlah sebuah blog,
yg dberi nme
bicara hatiku..cewwaahh..hee~
dengan ujan yg tgh lebat,
n diiringi irama lagu nyanyian west life-
i have a dream *lagu tyme muda mudi dlu*hee
tbe2 hatiku berbicara,
bicara pe?
suh wt blog la..hee~
asyik tgk blog owg je..
trse nk ade blog sndri la plk..;))
tp ak senanye xska meluahkan ape yg terbuku kt ati ni..
tp atiku suh berbicara gak..terpaksa la..huu
mgkin da tbe msenye utk ak meluahkan ape yg terpendam djiwa..
kononnye la :p

pape pun...
saya budaq baru blaja..
ambik
udang galah tolong masakkan,
masak lemak sedap jugak ni..
kasi sedap pnye..hee~

ckp la kot utk entry pembukaan ni..hee~
dadaaa~


Powered By Blogger